Tuesday, December 14, 2010

"Pegang kuat-kuat Aniq, Jatuh jaga yeh?!"

Kebelakangan ni tidur aku selalu terganggu dengan suara orang memekik.
Adakah aku bermimpi? Tidak !
Suara pekikan yang amat menyakitkan telinga dan merunsingkan otak.
Adakala seperti suara orang menghalau kambing pulang ke kandang,
Kadangkala seperti komando memberi koman kepada pasukan kawat kakinya,
Tetapi gaya sebenarnya, seorang wan(nenek) memarahi cucu-cucunya yang susah nak dengar kata.
Haih. Nak taknak kena bangun jugak,
bantu mak menyelamatkan keadaan.
Kalau tak,mahu pengsan mak aku layan si bagok dua orang tu !

Semalam masa aku tengah practice dalam bilik,
dua orang bagok ni datang menyebok !
Bila aku kunci pintu,dorang sanggup pergi kat luar tingkap bilik aku semata-mata nak kata;
dengan muka kesian pulak tu; 
"makderrr,bukaklah pintu..aniq dengan ateh nak masukkk.."
Nak atau tidak,terpaksalah bukak. 
Kalau tak bukak kang melulong gajah pulak ! Haih.
Ape lagi,bila dah masuk,nak tengok 'annoying orrange' lah, 
nak tengok video makder menari lah,macam-macam! 
Poneq den nak melayan.

Dalam dorang menggodek-godek(menyepahkan) bilik aku,
Aniq terjumpa camera.
Adoh.. nak suroh letak,memang haram takkan dengar!
So aku biarkan jelah.
Pandai pulak dia on benda tu. Siap snap2 gambar lagi.
Sebelum snap tu,pandai pulak dia suruh orang senyum! Hahaha. Kelakar.
Yang si Ateh boleh pulak melayan.
"Pegang kuat-kuat Aniq, Jatuh jaga yeh?!"
Nak dekat 100x kali kot aku ulang ayat yang sama. 
Risau do !

Nak tengok tak gambar-gambar yang anak buah bertuah aku ni snap?
Boleh tahan berseni jugaklah untuk budak berusia 3tahun! Hahaha. :D


Fateh jadi model yang tak boleh duduk diam sebab terlalu excited aniq photographer nya!





Cubaan amek gambar sendiri


 Look carefully !

 Sebok je suruh aku main,dia nak amek gambar !


No comments:

Post a Comment